Hari ini adalah hari peringatan untuk semua wira-wira yang mempertahankan tanah air Malaysia dan juga kepada mereka yang berkhidmat di bawah panji kebesaran negara tanpa mengira dari pasukan mana sekalipun sama ada tentera mahupun polis. Sesungguhnya merekalah yang banyak berjasa dalam melawan musuh-musuh negara sebelum dan selepas kemerdekaan. Adapun peringatan kepada wira-wira ini tidak terhad kepada mereka yang berasal dari negara ini sahaja. Haruslah kita ingati bahawasanya terdapat ramai lagi yang turut membantu seperti tentera-tentera Commonwealth khususnya British, Australia, New Zealand, India dan banyak lagi yang telah pun memberikan keringat dan titik peluh mereka pada masa-masa darurat dan peperangan. Kita telah lihat bagaimana peristiwa-peristiwa yang berlaku akibat persengketaan yang melibatkan pelbagai pihak dan juga anasir-anasir luar yang ingin mencabul maruah negara. Askar-askar Melayu ramai yang terkorban di Bukit Candu. Polis-polis di Bukit Kepong gigih bertahan sehingga akhir.
Hari Pahlawan
7
