Hari Pahlawan

Tugu Negara

Tugu Negara

Hari ini adalah hari peringatan untuk semua wira-wira yang mempertahankan tanah air Malaysia dan juga kepada mereka yang berkhidmat di bawah panji kebesaran negara tanpa mengira dari pasukan mana sekalipun sama ada tentera mahupun polis. Sesungguhnya merekalah yang banyak berjasa dalam melawan musuh-musuh negara sebelum dan selepas kemerdekaan. Adapun peringatan kepada wira-wira ini tidak terhad kepada mereka yang berasal dari negara ini sahaja. Haruslah kita ingati bahawasanya terdapat ramai lagi yang turut membantu seperti tentera-tentera Commonwealth khususnya British, Australia, New Zealand, India dan banyak lagi yang telah pun memberikan keringat dan titik peluh mereka pada masa-masa darurat dan peperangan. Kita telah lihat bagaimana peristiwa-peristiwa yang berlaku akibat persengketaan yang melibatkan pelbagai pihak dan juga anasir-anasir luar yang ingin mencabul maruah negara. Askar-askar Melayu ramai yang terkorban di Bukit Candu. Polis-polis di Bukit Kepong gigih bertahan sehingga akhir.

Negara kita telah pun berkembang pesat menuju era digital dan banyak lagi yang kita harus tempuhi. Kita akur bahawa negara kita ini masih terdapat banyak kekurangannya. Masih terdapat lagi perkara-perkara yang perlu diselesaikan dan ada permintaan yang masih belum dipenuhi. Kita sering diberitahu yang kita harus berganding bahu dan bersatupadu meskipun terdapat perkara-perkara yang kita tidak setuju.Sahabat-sahabat sekalian, janganlah ambil sikap terburu-buru. Berkumpul dan berbincanglah dalam menyelesaikan masalah agar kita dapat sama-sama hidup sentosa tanpa mengira kaum.

Yang Ikhlas,

Maskawaih.

Penjepunan masih tegar meskipun di abad ini

Penjepunan masih tegar meskipun di abad ini

P/S: Hari Pahlawan means Warrior’s Day.

Related Posts

7 thoughts on “Hari Pahlawan

      • Itu la wei, barbee long tiem tak tengok lol.
        It even took me a while to read through and understand perfectly. lol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>